RPH DAN LAMPIRAN
Lampiran 1
Lirik Lagu “Tanggal 31”
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
(http://www.liriklagu.com/liriklagu_s/Sudirman_31Ogos.html, 25 Mac 2012 : 9.25 am)
Klik untuk mendengar lagu "Tanggal 31".
Lampiran 2
1. Siapakah nama Perdana Menteri ini?
(Sambil menunjukkan kesemua gambar Perdana Menteri tersebut)
i. Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama)
ii. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (Perdana Menteri Malaysia Kedua)
iii. Tun Hussein bin Dato' Onn (Perdana Menteri Malaysia Ketiga
iv. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia Keempat)
v. Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia Kelima)
vi. Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia Keenam)
Lampiran 3
1. Siapakah yang digelar “Bapa Kemerdekaan?”
Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama)
2. Siapakah yang digelar “Bapa Pembangunan?”
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (Perdana Menteri Malaysia Kedua)
3. Siapakah yang digelar “Bapa Perpaduan?”
Tun Hussein bin Dato' Onn (Perdana Menteri Malaysia Ketiga
4. Siapakah yang digelar “Bapa Pemodenan?”
Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia Keempat)
5. Siapakah yang digelar “Bapa Pembangunan Modal Insan?”
Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia Kelima)
6. Siapakah yang digelar “Bapa Transformasi?”
Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia Keenam)
7. Apakah yang patut kita lakukan untuk memastikan negara kita sentiasa maju?
i. Bersatu padu
ii. Bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain.
iii. Berilmu pengetahuan
iv. Berdisiplin dan semangat patriotik.
v. Bermoral dan beretika.
8. Mengapakah kita harus berbangga menjadi rakyat Malaysia?
i. Malaysia merupakan negara yang berdaulat dan merdeka.
ii. Negara Malaysia bersatu padu.
iii. Negara kita bebas penjajah.
9. Cari maklumat mengenai sumbangan Perdana Menteri Malaysia dalam memajukan negara. Tuliskan dalam buku latihan berserta gambar yang berkaitan. (Maklumat boleh diperoleh daripada buku teks Tahun 3)
i. Memerdekakan negara kita daripada penjajah.
ii. Terbinanya Jambatan Pulau Pinang
iii. Menara Kuala Lumpur dan Menara berkembar Petronas.
iv. KLIA
v. Putrajaya
vi. Litar F1 Sepang
vii. (mana - mana difikirkan betul)
Lampiran 4
BUAT BAIK DIBALAS BAIK
Pada suatu hari, Pak Rusdi berjalan ke hulu kampung. Dia hendak mencari kayu. Tiba - tiba dia terlihat seekor burung ciak di atas tanah. Burung itu tidak dapat terbang kerana sayapnya patah. Pak Rusdi telah bulat hati untuk menyelamatkan burung itu.
Pak Rusdi membawa burung ciak itu ke rumahnya. Setiap hari, dia merawat Si Ciak. Dia ambil berat terhadap burung itu. Beberapa hari kemudian, sayap Si Ciak pun sembuh. Dia melepaskan burung itu walaupun berat hatinya untuk berbuat begitu.
Ciak! Ciak! Ciak! Burung itu berbunyi sambil terbang ke timur. Si Ciak besar hati kerana dapat terbang dengan bebas.
Beberapa hari kemudian, Pak Rusdi ke hutan untuk mencari kayu. Oleh sebab terlalu jauh berjalan, akhirnya dia tersesat. Puas Pak Rusdi berikhtiar untuk mencari jalan pulang tetapi gagal. Pak Rusdi terlalu penat lalu duduk di bawah pokok.
Hari semakin senja. Pak Rusdi tidak lagi mencari jalan pulang. Dia mati akal. Tiba - tiba seekor burung ciak berbunyi. Pak Rusdi pun mendongak ke atas dan mendapati burung ciak itu bertenggek di atas dahan pokok. Kemudian, burung ciak itu menyanyi.
“Pagi - pagi sawah padi,
Pulang ke rumah senja kala;
Kita ingin membalas budi,
Ikut jalan yang kita hala.”
Pak Rusdi mengikut sahaja arah burung ciak itu terbang. Selepas menemukan jalan pulang, burung ciak itu menyanyi lagi.
“Itik di kolam terenang - renang,
Berkawan dengan sepasang angsa;
Budi tuan tetap dikenang,
Semoga hidupmu aman sentosa.”
Selepas itu, burung ciak itu pun terbang semula dan hilang daripada pandangan mata.
Lampiran 5
Aktiviti
Jawab soalan berikut
1. Senaraikan simpulan bahasa yang terdapat dalam teks. Cari maksudnya dalam kamus.
2. Mengapakah Pak Rusdi membawa burung itu pulang ke rumahnya?
3. Bagaimanakah burung ciak itu membalas budi Pak Rusdi?
4. Apakah yang akan kamu lakukan kepada orang yang telah menolong kamu?
Lampiran 6
Lampiran 7
Aktiviti
1. Cari makna perkataan dan rangkai kata yang dicetak berwarna dalam rajah di atas.
i. Bulat hati : Keputusan muktamad
ii. Ambil berat : Mengambil tahu sesuatu hal
iii. Berat hati : enggan, malas
iv. Besar hati : bergembira atau berbangga dengan sesuatu
v. Mati akal : tiada idea atau buntu fikiran
(http://portalbahasamelayu.fateback.com/peribahasa.htm, 25 Mac 2011 : 9.30 am)
(http://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htm, 25 Mac 2011 : 9.45 am)
(http://ms.wiktionary.org/wiki/Wiktionary:Simpulan_bahasa/M, 25 Mac 2011 : 9.50am)
2. Kumpulkan maklumat tentang guru kamu.
3. Tulis karangan bertajuk “Guru Saya”. ( Bahasa Melayu Tahun 3 SJK Jilid 2)