CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selamat Berkunjung


Latihan 7 : Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul

MEREKODKAN MAKLUMAT


Lengkapkan catatan tentang lawatan ke ladang buah - buahan.


  • berbuah lebat
  • segar - segar belaka
  • pelbagai jenis buah - buahan tropika
  • sejuk dan nyaman
  • pokok buah naga



Tarikh : 11 Disember 2010
Tempat : Ladang Buah - buahan Desaru, Johor.

    Saya dan keluarga telah pergi ke ladang buah - buahan tropika di Desaru, Johor.

     Semasa di ladang itu, saya lihat banyak pokok buah - buahan tropika. Antaranya termasuklah pokok jambu, pokok belimbing, dan pokok naga. Semua pokok buah - buahan di situ sedang ________________________. Kami dibawa melawat ke kawasan tanaman _______________________. Saya berpeluang merasai ________________________. Buah - buahan di ladang ini ________________________. 

     Saya berasa gembira berada di dusun buah - buahan ini kerana suasanya yang _______________________.



Buah - buahan Tempatan. Klik Video di bawah :




Latihan 7 : Mencari jawapan yang betul

MEMBENTANGKAN MAKLUMAT

Tandakan ( / ) pada khasiat yang dapat diperoleh daripada bawang putih.



Latihan 7 : Memilih jawapan yang betul berdasarkan petikan

Pilih jawapan yang betul berdasarkan petikan.



1.                   Apakah nama daintifik bagi bawang putih?

A.                  Amaranthus
B.                   Donax Grandis
C.                   Nigella Sativa
D.                  Allium Sativum L.


2.                   Vitamin yang terdapat dalam bawang putih ialah …

A.                  Vitamin A, B dan C
B.                   Vitamin B dan E
C.                   Vitamin K
D.                  Vitamin B Kompleks


3.                   Bawang putih dikenali sebagai “ibu segala herba” kerana …

A.                  Terkenal dalam masyarakat cina.
B.                  Mempunyai banyak khasiat kepada manusia.
C.                  Sudah terkenal sejak zaman dahulu.
D.                  Dapat mengubati penyakit cacing.


4.                  Yang berikut ialah khasiat bawang putih, kecuali…

A.                  Dapat mengubati penyakit pneumonia
B.                  Mengubati penyakit batuk
C.                  Menjadikan nafas lebih segar
D.                  Mengubati penyakit cacing


5.                  Maksud kata diracik ialah …

A.                  Ditumbuk sehingga hancur
B.                  Dibelah empat
C.                  Mengunyah perlahan – lahan
D.                  Menghiris halus – halus.




Unit 7 : Mari Bertani

MEMBACA TEKS

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan - soalan berikutnya.


 Bawang putih ialah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga bawang. Nama saintifik bagi bawang putih ialah Allium Sativum L. Bawang putih terkenal sjeak turun – temurun sebagai penawar yang sering digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.


Bawang putih amat kaya dengan vitamin A, vitamin B, dan vitamin C. Selain itu, bawang putih juga kaya dengan iodin, kalsium, kalium dan asil fosforik.
 
Bawang putih mempunyai banyak khasiat. Bawang putih dapat mengubati gangguan usus dan perut yang meragam. Bawang putih dapat digunakan mentah – mentah, diracik, diketuk, atau dicampurkan dengan sedikit minyak bijan untuk dijadikan beg urut atau tuam. Sejak dahulu lagi, bawang putih terkenal sebagai ubat cacing. Bawang putih mentah akan diracik dan dimakan sebanyak satu sudu teh.

 Selain itu, khasiat lain bawang putih adalah untuk mengubati penyakit pneumonia, radang paru – paru, batuk, masalah pencernaan, gastrik dan sebagainya. Bawang putih juga telah terbukti mempunyai keupayaan untuk melawan bakteria dan membunuh kuman. Oleh sebab itulah bawang putih dikenali sebagai “ibu segala herba” kerana mempunyai 1001 khasiat kepada manusia.


SILA KLIK "LATIHAN 7" DI BAWAH

         

Latihan 6 : Memilih jawapan yang betul

SINONIM




Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.


1. Murid - murid diminta berkumpul  di padang.

    A. Bercantum
    B. Bersatu
    C. Berhimpun
    D. Bergabung


2. Kita tidak harus dengki akan kejayaan orang lain.


    A. Benci
    B. Iri hati
    C. Tamak
    D. Marah



3. Negara Malaysia mempunyai banyak keistimewaan.


    A. Keindahan
    B. Kegunaan
    C. Kebaikan
    D. Kelebihan


4. Pelbagai program diatur sempena Piala Dunia nanti.


    A. dikemas
    B. disusun
    C. disebut
    D. dipinda





                  

Latihan 6 : Memilih jawapan yang betul

PENANDA WACANA


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1.Kehidupan Mak Siti sungguh miskin. ______________________, dia tidak pernah meminta sedekah.

    A. Selain itu
    B. Oleh sebab itu
    C. Biarpun demikian
    D. Tambahan pula


2. Kita hendaklah menjaga kebersihan. _______________________, sekarang ini wabak H1N1 sedang
    merebak

    A. Lebih - lebih lagi
    B. Walau bagamanapun
    C. Selain itu
    D. Demikian juga


3. ____________________________ hujan lebat, perkhemahan itu terpaksa dibatalkan.


    A. Tambahan pula
    B. Selain itu 
    C. Oleh sebab
    D. Namun demikian


4. ___________________________ tergesa - gesa ke sekolah, Tini lupa membawa wang saku.


    A. Lebih - lebih lagi
    B. Justeru
    C. Selain itu 
    D. Oleh sebab