CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selamat Berkunjung

Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Cikgu Fara. Selamat Datang!
Anda pernah singgah di blog Cikgu Fara sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya..:)

Unit 7 : Mari Bertani

MEMBACA TEKS

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan - soalan berikutnya.


 Bawang putih ialah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga bawang. Nama saintifik bagi bawang putih ialah Allium Sativum L. Bawang putih terkenal sjeak turun – temurun sebagai penawar yang sering digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.


Bawang putih amat kaya dengan vitamin A, vitamin B, dan vitamin C. Selain itu, bawang putih juga kaya dengan iodin, kalsium, kalium dan asil fosforik.
 
Bawang putih mempunyai banyak khasiat. Bawang putih dapat mengubati gangguan usus dan perut yang meragam. Bawang putih dapat digunakan mentah – mentah, diracik, diketuk, atau dicampurkan dengan sedikit minyak bijan untuk dijadikan beg urut atau tuam. Sejak dahulu lagi, bawang putih terkenal sebagai ubat cacing. Bawang putih mentah akan diracik dan dimakan sebanyak satu sudu teh.

 Selain itu, khasiat lain bawang putih adalah untuk mengubati penyakit pneumonia, radang paru – paru, batuk, masalah pencernaan, gastrik dan sebagainya. Bawang putih juga telah terbukti mempunyai keupayaan untuk melawan bakteria dan membunuh kuman. Oleh sebab itulah bawang putih dikenali sebagai “ibu segala herba” kerana mempunyai 1001 khasiat kepada manusia.


SILA KLIK "LATIHAN 7" DI BAWAH

         

0 Komen:

Post a Comment