CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selamat Berkunjung

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Kunjungan terakhir anda pada Fri, May 16, 2025 11:10:01 AM
Anda pernah singgah di blog Cikgu Fara sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya..:)

Unit 6 : Jiran Sepakat Hidup Muafakat

MEMBACA TEKS


Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan - soalan yang berikutnya.


     Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, Ahli Jawatankuasa Penduduk Taman Mastana, dan semua yang hadir pada pagi ini. Saya sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk di sini, ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis ini.

Saudara saudari sekalian,
     Kebelakangan ini, kes seperti pecah rumah dan kecurian motosikal semakin berleluasa. Setakat ini, sudah empat buah rumah dimasuki pencuri. Semua kes pecah rumah ini berlaku pada waktu siang. Modus operandinya juga sama iaitu mereka hanya mengambil barang kemas dan wang ringgit. Walaupun kes ini sudah menjadi kes polis, namun sehingga kini masih tiada sebarang tangkapan dibuat kerana kurangnya bukti - bukti yang kukuh. Keadaan ini membuatkan kita semua hidup seperti duduk dalam duri. Oleh sebab itu, saya meminta semua pihak khususnya penduduk taman ini supaya lebih berwaspada dan prihatin terhadap isu ini. 

     Walaupun pihak polis ada membuat rondaan di kawasan ini dari semasa ke semasa,  namun jaganlah kita berasa lega dan melepaskan tanggungjawab menjaga keselamatan taman ini. Saya menyeru kepada semua penduduk supaya lebih berhati - hati dan menjaga keselamatan diri dan keluarga masing - masing.

     Akhir kata dari saya, kita mestilah berganding bahu dalam menangani masalah ini. Semoga kawasan kejiranan ini sentiasa aman dan selamat. Sekian, terima kasih.

Klik "LATIHAN 6" di bawah.

0 Komen:

Post a Comment