CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selamat Berkunjung

Ini adalah kunjungan pertama anda di blog Cikgu Fara. Selamat Datang!
Anda pernah singgah di blog Cikgu Fara sebanyak 1 kali. Terima kasih. Datang lagi ya..:)

Unit 3 : Makmal Komputer Sekolah Saya

MEMBACA TEKS


Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan - soalan yang berikutnya.




MAKMAL KOMPUTER
SEKOLAH KEBANGSAAN KING EDWARD VII
34000 TAIPING.

PERATURAN PENGGUNAAN
MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH
_______________________________

1. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin guru.

2. Semua murid hendaklah mengikut jadual penggunaan makmal yang telah ditetapkan.

3. Murid dilarang membuat bising atau berlari - lari di dalam makmal komputer.

4. Murid dilarang membawa masuk makanan dan minuman.

5. Murid hanya boleh membawa masuk alat tulis yang dibenarkan sahaja.

6. Kasut dan beg hendaklah diletakkan di rak yang disediakan.

7. Murid dilarang sama sekali membuka laman sesawang yang tidak bermoral.

8. Murid hendaklah melaporkan sebarang kerosakan kepada guru yang bertugas.

9. Murid tidak dibenarkan menggunakan makmal komputer ketika hujan lebat.

10. Murid hendaklah menggunakan username  dan  password yang telah ditetapkan sahaja.


 

Klik "LATIHAN 3" di bawah.

0 Komen:

Post a Comment