MEREKODKAN MAKLUMAT.
Lengkapkan carta yang berikut berdasarkan petikan.

Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman dilahirkan pada 11 Disember 1951 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Tunku Kurshiah. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti of Otago, New Zealand dalam bidang astrofizik. Beliau meruakan rakyat Malaysia pertama yang membuat pengkhususan dalam bidang astrofizik. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Kajian Sains Angkasa. Semasa menjawat jawatan tersebut, beliau dipertanggungjawabkan menerajui mikrosatelit negara, iaitu TiungSAT dan RazakSAT. Beliau juga seorang penulis. Antara hasil penulisan beliau ialah
"Teaching Aids in Physics Education", Astronomi Sezaman dan "
The Power of Water a Malaysia Odyssey". Beliau menerima pingat Khidmat Cemerlang, Anugerah Wanita Cemerlang, Panglima Jasa Negara, Anugerah Tokoh Emas dan Tokoh Saintis Khas.
Nama :
_______________________________________
Tarikh dan Tempat Lahir :
a) _____________________________________
b) _____________________________________
Hasil Penulisan :
a) _____________________________________
b) _____________________________________
c) _____________________________________
Anugerah yang Diterima
a) _____________________________________
b) _____________________________________
c) _____________________________________
d) _____________________________________
e) _____________________________________
0 Komen:
Post a Comment