MEMBACA TEKS
Baca Petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan - soalan berikutnya.

Pada hari Sabbtu yang lalu, Sekolah Kebangsaan Sri Inai telah menganjurkan Minggu Antarabangsa yang bertemakan "Satu Dunia." Tujuan Program ini diadakan adalah untuk menggalakkan murid - murid mendapatkan maklumat tentang pelbagai bangsa dari seluruh dunia.
Sebelum Program Bermula, Puan Rokiah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Inai menyampaikan taklimat kepada murid - murid. Murid - murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan disertai oleh seorang guru.
Mereka melaksanakan tugas yang diberikan. Sebanyak 10 negara yang telah dipilih untuk tujuan itu. Negara - negara itu ialah Australia, Korea Selatan, Filipina, Indonesia, China, Jepun, Singapura, Thailand, India dan Brunei. Murid - murid mencari maklumat tentang negara tersebut melalui buku, eksiklopedia, tayangan video dan internet.
Selain itu, pameran tentang negara - negara tersebut turut diadakan. Pelbagai maklumat dipamerkan seperti budaya, pakaian, bendera, mata wang, makanan, sukan, destinasi pelancongan dan sebagainya.
0 Komen:
Post a Comment