Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan - soalan beikutnya.
Nufail suka makan roti bersalutkan mentega. Tetapi, Nufail tidak mahu makan roti yang tidak dibuang keraknya. Dia memberontak apabila ibunya memujuk dia memajan keseluruhan roti itu. Dia membiarkan roti itu di dalam pinggan tanpa dimakannya.
Nufail merajuk dan terus berbaring sambil menonton televisyen. Tiba - tiba Nufail melihat iklan yang memohon sumbangan bagi meringankan kesengsaraan penduduk di Semenanjung Gaza, Palestin. Ada sekumpulan kanak - kanak menangis kelaparan. Nufail terkejut melihat mereka berebut sekeping roti sahaja. Nufail sedih melihat kanak - kanak itu. Dia berasa berdosa kerana tidak menghargai rezeki yang ada.
Nufail segera ke dapur. Dia berjumpa dengan ibunya. Dia ingin meminta maa kerana tidak mahu makan roti yang berkerak. Ibunya hanya tersenyum.
Klik "LATIHAN 5" di bawah
0 Komen:
Post a Comment