Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan - soalan berikutnya.
Sudirman Hj. Arshad dilahirkan pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abu Bakar, Mentakab dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang undang - undang.
Sudirman Hj. Arshad telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat dan Seniman Rakyat. Hal ini demikian kerana lagu - lagu dendangannya berjaya menggambarkan kehidupan rakyat Malaysia. Beliau ialah seniman serba boleh. Beliau merupakan seorang peguam, penyanyi, penghibur, penggubah, penulis, pelukis kartun, usahawan dan pelakon.
Beliau mula mencipta nama sebagai seorang penyanyi apabila berjaya menjadi Johan Bintang RTM pada tahun 1976. Sudirman juga telah menempa nama dalam Malaysia Books of Records apabilamengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh hampir 100 ribu warga kota. Manakala pada 19 Mac 1989, beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di "Asean Popular Music Award" yang diadakan di Dewan Royal Albert, London.
Tanggal 22 Februari 1992, Sudirman Hj. Arshad meninggal dunia kerana menghidap penyakit radang paru - paru. Namun, nama beliau tetap menjadi sebutan rakyat Malaysia hingga kini.
Klik "LATIHAN 4" di bawah.
0 Komen:
Post a Comment